Skip to content Skip to footer

 

Firman Allah SWT:

وَإِذَا قُرِىءَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُواْ لَهُ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

MaksudnyaDan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.

(Surah al-A’raf: 204)

Adalah tidak syak lagi mendengar al-Quran yang dirakam, diradio atau selainnya adalah mendapat pahala dan merupakan amalan yang mulia. Lebih-lebih lagi jika difahami dan ditadabburkan maksud serta ma’ani al-Quran. Akan tetapi ianya berbeza dengan bacaan al-Quran yang dibacakan secara mubasyarah (terus) daripada pembaca. Ini kerana al-Quran yang dirakam atau seumpamanya tidak mengambil hukum sepertimana hukum al-Quran yang dibaca secara terus, sama ada hukum pada mashaf atau mendengar bacaan.

Sebagai contoh al-Quran yang terdapat di dalam perisian smartphone dengan al-Quran yang dituliskan pada mashaf. Kedua hukumnya adalah berbeza sama sekali yang mana al-Quran yang terdapat di dalam perisian smartphone atau selainnya dibolehkan untuk dipegang walaupan dalam keadaan berhadas kecil mahupun berhadas besar.

Tidak mengapa untuk tidak mendengar bacaan al-Quran yang dirakam sekiranya sibuk dengan kerja atau perkara lain. Yang mana kerja harian atau amalannya tidak memampukan dia untuk mendengar secara teliti bacaan al-Quran yang dirakam. Dan perbuatan tersebut tidak sama sekali menafikan adab dan penghormatan ke atas al-Quran.

Semoga pencerahan ini memberi kefahaman kepada kita semua. Amin.

peguam selangor - khidmat undang-undang syarie dan sivil

Leave a comment