Skip to content Skip to footer
peguam selangor - khidmat undang-undang syarie dan sivil
papan tanda peguam sivil dan peguam syarie selangor

Pengenalan Khairul Anan & Partners

Tetuan Khairul Anan & Partners adalah firma guaman yang menawarkan perkhidmatan perundangan, nasihat dan sokongan serta penyelesaian permasalahan undang-undang di Mahkamah Syariah (Mal & Jenayah), Mahkamah Sivil (Sivil & Jenayah). Kami sentiasa berusaha membantu pelanggan kami dan menyediakan penyelesaian undang-undang yang khusus untuk para pelanggan kami.

Kami mengambil berat, empati serta memahami permasalahan anda dan kami sangat komited untuk bersama anda bermula dari awal hingga ke akhir bagi membantu anda menyelesaikan permasalahan anda dalam permasalahan dan kes-kes yang dihadapi anda.  Pasukan kami juga terdiri dari barisan peguam yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perundangan, cekap serta berkemampuan tinggi untuk membantu anda di setiap peringkat proses perundangan.

Matlamat kami adalah untuk menyelesaikan kes anda dengan kaedah yang paling mudah dan cepat demi mencapai hasrat dan matlamat anda.

Kami juga berhasrat membina hubungan kerja secara professional yang berpanjangan dengan anda bagi memastikan setiap pelanggan merasai keterjaminan dan yakin dengan perkhidmatan yang diberikan kami.

Selain dari mempunyai kepakaran dalam perundangan di Mahkamah Syariah, kami juga mempunyai Peguam yang berpengalaman luas dalam isu-isu perundangan di Mahkamah Sivil dan ia adalah satu kelebihan kepada kami kerana kami melihat setiap permasalahan undang-undang anda secara holistik dari sudut pandang semua sudut undang-undang yang ada di Malaysia.

Khairul Anan & Partners menyediakan perkhidmatan Sivil dan Syariah

Firma guaman Khairul Anan & Partners menyediakan perkhidmatan sivil dan syariah mengikut keperluan pelanggan kami. Firma kami juga memberi khidmat perunding dan nasihat kepada pelanggan kami supaya dapat memberikan penyelesaian yang terbaik mengikut lunas undang-undang. 

"Mengendalikan Litigasi Komersial Am dan Sivil, Litigasi Jenayah, Tuntutan Insurans, Perkara Perubatan Perundangan, Tuntutan Kemalangan termasuk kecederaan peribadi dan Kerosakan Harta"
"Mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan perjanjian korporat dari segi merangka, menapis, menasihati, memberi pendapat dan juga mengendalikan pinjaman korporat"
"Mengendalikan kes berkaitan hak sebelum dan selepas perceraian seperti kes perceraian, hak jagaan anak, nafkah anak, harta sepencarian dan sebagainya serta kes jenayah Syariah"

Prinsip Khairul Anan & Partners

Kepercayaan

Memastikan hubungan profesional yang wujud

Tanggungjawab

Memberikan penyelesaian terbaik dan berkesan

Terbuka & Responsif

Menyediakan nasihat yang terbaik kepada pelanggan kami

Cekap & Efisien

Komited untuk memberikan perkhidmatan kami kepada pelanggan