Bidang kuasa mahkamah sivil di Malaysia adalah bidang kuasa yang dipecahkan kepada beberapa bahagian mengikut hirarki mahkamah yang ditetapkan oleh badan kehakiman. Secara umumnya, bidang kuasa mahkamah sivil sama ada bidang kuasa sivil atau jenayah diletakkan disetiap hirarki mahkamah.
Mahkamah sivil boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu Mahkamah Tinggi (Superior Court) dan Mahkamah Rendah (Subordinate Court). Mahkamah Tinggi terdiri daripada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi. Mahkamah Rendah terdiri daripada mahkamah sesyen dan majistret.
Mahkamah Majistret
Mahkamah majistret adalah mahkamah yang bertindak menangani isu-isu utama dan mahkamah majistret diletakkan di setiap daerah Negeri di Malaysia
- A) Bidang kuasa sivil.
Sejak 1 Mac 2013[1], Seksyen 90 Subordinate Court Act 1948 (SCA) sebuah Mahkamah Syariah boleh mendengar sesebuah kes apabila nilai amaun dalam pertikaian adalah tidak melebihi RM 250,000.
Jika amaun yang dituntut tidak melebihi RM 5,000 pempetisyen boleh memfailkan tuntutan pempetisyen di “Tuntutan Kecil” pembahagian Mahkamah Majistret. Jika pempetisyen berbuat demikian, pempetisyen mesti bersedia untuk menjalankan kes ini sendiri, kerana perwakilan guaman adalah tidak dibenarkan.
- B) Bidang kuasa Jenayah
Seksyen 85 SCA 1948 menyatakan pembicarakan semua kes hukuman jenayah adalah tidak melebihi penjara 10 tahun atau hukum denda sahaja.
Mahkamah Majistret boleh mendengar perkara jenayah sifat berikut:
i. Jika kesalahan yang boleh dihukum dengan denda sahaja – ini akan meliputi sebahagian besar kesalahan trafik. ii. Jika kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi (10) tahun. Seseorang Majistret boleh tidak, bagaimanapun, mengenakan penjara selama tempoh melebihi (5) tahun.
[1] Pekeliling Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Bil.1 Tahun 2013. Penetapan Kes-kes Sivil di Mahkamah Rendah Selaras Dengan Berkuatkuasanya Akta MAhkamah Rendah (Pindaan) 2010 (AKTA A1382). 27 Februari 2013.
MAHKAMAH SESYEN
- A) Bidang Kuasa Sivil
Bidang kuasa kes sivil ini termaktub di bawah seksyen 65 Subordinate Court Act (SCA) 1948. Tiada had di dalam kes kes kemalangan kenderaan, hal ehwal pemiliktanah dan penyewaan. Kes lain ialah amaun dituntut tidak melebihi RM250,000.00.
- B) Bidang Kuasa Jenayah
Bidang kuasa jenayah mahkamah sesyen merangkumi Seksyen 63 dan seksyen 64 SCA 1948. Semua kesalahan jenayah kecuali yang boleh membawa hukuman mati.
MAHKAMAH TINGGI
- A) Bidang Kuasa Sivil
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan semua kes sivil tetapi secara umumnya yang membatasai dirinya dengan perkara-perkara di mana Majistret dan Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa. Ini termasuk perkara yang berhubungan dengan bercerai dan kes hal ehwal suami isteri, pelantikan penjaga bayi, pemberian probet bagi wasiat dan testamen dan surat kuasa mentadbir harta pusaka si mati, muflis, dan tuntutan sivil yang lain di mana amaun yang dipertikaikan melebihi RM 250,000.
- B) Bidang Kuasa Jenayah
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar semua jenis kes jenayah, tetapi secara umumnya lebih tertumpu kepada kesalahan-kesalahan jenayah yang dimana Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen tiada bidang kuasa untuk mendengar penghakiman, seperti contoh, kesalahan yang membawa kepada hukuman mati.
Bidangkuasa Sivil di Mahkamah Tinggi melalui seksyen 23 Court Of Judicature Act 1964 (COJA) menyatakan bahawa Penceraian, Kekeluargaan, Kebankrapan, Hak Jagaan Anak dan Wasiat adalah termasuk dibawah bidang kuasa sivil mahkamah tinggi.
Manakala, Seksyen 22 COJA 1964 digunakan bagi menyelesaikan kes-kes jenayah.
- C) Bidang Kuasa Rayuan
Mahkamah Tinggi boleh mendengar rayuan daripada Majistret dan Mahkamah Sesyen di kedua-dua kes sivil dan jenayah.
Mahkamah Rayuan
Secara umumnya, Mahkamah Rayuan mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan daripada Mahkamah Tinggi yang berkaitan dengan kedua-dua kes sivil dan jenayah.
Seksyen 50 dalam Court of Judicature Act 1948(COJA 1948) menyatakan bahawa mahkamah rayuan berhak mendengar rayuan kes jenayah yang diputuskan oleh mahkamah tinggi, Manakala seksyen 68 COJA 1948 mendengar rayuan kes sivil dengan amaun yang dituntut melebihi RM250,000.00.
Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah tertinggi di Malaysia dan mendengar rayuan daripada Mahkamah Rayuan.
Mahkamah Persekutuan terdiri daripada presiden iaitu Ketua Negara, Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, 2 ketua Hakim ( Hakim (Mahkamah MahkamahTinggi Malaya dan Sabah dan Sarawak) dan Mahkamah Persekutuan. Ketua Hakim Negara ialah ketua badan kehakiman Malaysia. Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan mendapat nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Bidang kuasa mahkamah persekutuan adalah bersifat Eksklusif, dimana parlimen atau dewan undangan negeri tidak punya kuasa untuk untuk menggubal undang-undang kerana wujud perbezaan undang undang dan juga kes pertikaian diantara negeri dan pusat. .
Rayuan Sivil
Mendengar Rayuan sivil daripada Mahkamah Rayuan adalah salah satu bidang kuasa Mahkamah Persekutuan, dengan izin Mahkamah Persekutuan.
Rayuan Jenayah
Mahkamah Persekutuan turut mempunyai bidang kuasa mendengar rayuan kes jenayah daripada Mahkamah Rayuan dimana kes yang didengari adalah kes yang telah di bicarakan di Mahkamah Tinggi dalam bidang kuasanya.
Rujukan
- Artikel dari The Malaysian Bar. Malaysian Court System. 6 Julai 2012.
- Pekeliling Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Bil.1 Tahun 2013. Penetapan Kes-kes Sivil di Mahkamah Rendah Selaras Dengan Berkuatkuasanya Akta Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 (AKTA A1382). 27 Februari 2013
