Skip to content Skip to footer

Head of Syariah Litigation Department

Konsultasi
92%
Pengalaman
91%
Integriti
93%

Muhammad Asyraf telah memperolehi kelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang dari Universiti Malaya (UM) pada tahun 2013 dan kemudian telah memperoleh Diploma Lanjutan Lepasan Syariah & Amalan (DLSA) UiTM pada tahun 2014. Manakala pada tahun 2022 beliau telah berjaya menamatkan pengajian Sarjana Undang-Undang daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Biography

Beliau telah diterima masuk sebagai Peguam Syarie sejak tahun 2014 apabila beliau diterima masuk sebagai Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan. Kemudian pada tahun yang sama beliau telah berjaya mendapat tauliah Peguam Syarie bagi Negeri Pulau Pinang, Negeri Kedah, Negeri Pahang dan Negeri Kelantan. Pada tahun 2015 pula beliau telah memperolehi tauliah Peguam Syarie negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Negeri Johor.

Pada awal kariernya Muhammad Asyraf mula berkhidmat sebagai Peguam Kanan di Firma iaitu Tetuan Mohd Irwan Mohd Mubarak sehingga tahun 2019. Kemudian beliau telah menyertai firma ini dan menjadi perintis bagi firma kami melebarkan sayap firma kami untuk menerokai bidang perundangan syariah khusus di Mahkamah Syariah Malaysia.

Muhammad Asyraf juga sangat berkepakaran dalam isu-isu Undang-undang Keluarga Islam malah pernah dilantik sebagai Panel Transformasi Undang-Undang Islam (PTUI) Majlis Dakwah Negara (MDN) pada tahun 2017.

Berbekalkan pengalaman selama lapan tahun (8) sebagai Peguam Syarie, Muhammad Asyraf telah mengendalikan pelbagai kes-kes berprofil tinggi di Mahkamah Syariah berkaitan permasalahan Undang-undang Syariah sama ada kes Mal (Sivil) atau Jenayah Syariah. Malah telah mengendalikan pelbagai kes berkaitan permasalahan undang-undang Syariah di Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah serta Mahkamah Rayuan Syariah termasuk kes berkaitan hak-hak sebelum dan selepas perceraian seperti kes perceraian, hak jagaan anak, nafkah anak, harta sepencarian dan sebagainya serta kes jenayah Syariah sehingga ke Mahkamah Rayuan Syariah. Terdapat juga beberapa kes yang dikendalikan olehnya di Mahkamah Rayuan Syariah yang boleh dirujuk di dalam Jurnal Undang-Undang iaitu kes-kes berikut:

1. Ida Suraya Binti Mustapha lwn Mohd Fauzi Bin Hashim [2020] Jurnal Hukum Jilid 49 Bahagian 1 halaman 39
2. Zainul Abidin Bin Mat Akhir lwn Ahmad Nazreen Bin Zainul Abidin & Ummi Nazeera Binti Zainul Abidin [2015] Jurnal Hukum Jilid 43 Bahagian 1 halaman 17

Sebagai seorang peguam syarie, beliau percaya bahawa di dalam undang-undang semua orang berhak untuk dibela dan setiap permasalahan itu ada jalan penyelesaiannya, dan sebagai peguam adalah menjadi tugasnya untuk menyelesaikan permasalahan atau isu berbangkit oleh anakguam. Beliau percaya perancangan strategi, keikhlasan dan kesungguhan dalam menyelesaikan masalah anakguam akan memberikan sinar dan harapan kepada anakguam.