Skip to content Skip to footer

“Jagaan” bermaksud seseorang kanak-kanak tinggal bersama-sama dengan penjaganya, bermaksud sekiranya si ibu mendapat hak jagaan maka si anak akan tinggal bersama ibunya. “Penjagaan” merujuk kepada perhubungan yang timbul daripada ketidakupayaan semula jadi kanak-kanak untuk menguruskan hal diri mereka (contoh: membuat keputusan mengenai pendidikan dan pentadbiran harta).

Hak penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri, sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.

Tindakan mahkamah ke atas kes tuntutan hak penjagaan anak

Jika timbul perselisihan berkenaan hak penjagaan anak, Mahkamah Syariah merupakan pihak yang mempunyai autoriti dalam memutuskan hak penjagaan anak dan pertimbangan utama yang diberikan oleh Mahkamah Syariah ialah kebajikan kanak-kanak
itu.

Selain itu, Mahkamah Syariah juga memberi perhatian kepada perkara yang berikut:
(a) kebajikan kanak-kanak tersebut;
(b) kemahuan ibu bapa kanak-kanak;
(c) kemahuan kanak-kanak itu sekiranya dia dalam peringkat umur yang boleh menyatakan pendapatnya.

Semasa membuat perintah hadanah, Mahkamah Syariah boleh mengenakan syarat-syarat yang hendaklah dipatuhi oleh pihak-pihak. Antara syarat tersebut ialah :-

(a) tempat kanak-kanak itu akan tinggal dan pelajarannya;

(b) mengadakan peruntukan bagi kanakkanak itu berada buat sementara dalam pemeliharaan dan kawalan seseorang yang lain daripada orang yang diberi jagaan kanak-kanak itu;

(c) mengadakan peruntukan bagi kanakkanak itu untuk melawat ibu atau bapa yang tidak diberi jagaan atau seseorang daripada keluarga ibu yang telah mati atau bapa yang tidak diberi jagaan dalam masa yang difikirkan munasabah;

(d) memberi ibu atau bapa yang tidak diberi hak jagaan atau seseorang daripada keluarga ibu atau bapa yang telah mati atau yang tidak diberi jagaan untuk berjumpa dan melawati kanak-kanak itu pada masa-masa dan seberapa kerap yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah;

(e) melarang orang yang diberi jagaan itu daripada membawa kanak-kanak itu keluar dari Malaysia.

Khairul Anan & Partners menyediakan perkhidmatan perundangan peguam syariah bagi menyelesaikan isu anda. Berpengalaman mengendalikan hal-hal perundangan keluarga Islam yang membabitkan tuntutan hak penjagaan anak selepas penceraian menurut bidang kuasa undang-undang keluarga Islam.

sumber : Jabatan Bantuan Guaman