Skip to content Skip to footer
Wasiat

wasiat berasal daripada perkataan‘wassa’ yang bererti memerintahkan, menasihatkan, menjanjikan atau pemberian harta selepas mati. Ahli-ahli fiqh mazhab Syafie berpendapat bahasa ia berasal daripada kata sifat ‘wassa’ yang bererti menghubungkan atau menyampaikan. Ia bermaksud menghubungkan atau menyampaikan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang semas hidupnya dengan ganjaran pahala selepas dia meninggal dunia.

Harta pusaka

Segala apa yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya, kemudian ditinggalkan untuk waris-warisnya sama ada harta benda, hak-hak dan apa yang termasuk dalam miliknya setelah dia mati.

Termasuk Harta Pusaka

  • Semua harta si mati yang diperolehi secara halal;
  • Sewa yang belum dijelaskan kepada si mati;
  • Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematian;
  • Dividen / faedah yang terbit daripada harta si mati;
  • Simpanan KWSP berpenama / tiada penama;
  • Penama Takaful; dan
  • Barang yang terbit selepas mati seseorang dari usahanya semasa hayat.

Faraid

Faraid mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti  anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta). Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:
  1. Tanah
  2. Bangunan (rumah).
  3. Barang kemas (emas, perak dll).
  4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.

Khairul Anan & Partners menyediakan perkhidmatan perundangan peguam syariah bagi menyelesaikan isu anda. Berpengalaman mengendalikan hal-hal perundangan  yang membabitkan tuntutan wasiat, faraid dan harta pusaka menurut bidang kuasa undang-undang keluarga Islam.

sumber : Jabatan kehakiman syariah Kelantan